Presiden MIC, Tan Sri S.A Vigneswaran bersama timbalannya, Datuk Seri M. Saravanan ketika hadir ke Persidangan Perwakilan MIC Negeri Selangor yang ke- 75 dan 76 di Agenda Suria Convention Centre, Mufors, Subang Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 14 OGOS 2022.

SUBANG JAYA – Barisan Nasional (BN) perlu membuktikan bahawa MIC tidak dianggap menjadi alat untuk memancing undi kaum India.

Sebaliknya menurut presiden parti itu, Tan Sri SA Vigneswaran, kaum India perlu melihat MIC salah satu komponen yang diiktiraf sebagai sahabat perjuangan dalam BN.

Justeru, katanya, MIC meminta  sekurang-kurangnya satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran berucap ketika hadir ke Persidangan Perwakilan MIC Negeri Selangor yang ke- 75 dan 76 di Agenda Suria Convention Centre, Mufors, Subang Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 14 OGOS 2022.

“Kita nak kerusi yang boleh menang supaya MIC boleh jadi exco kerajaan negeri. Tapi bukan satu kerusi sahaja kalau boleh.

“Kaum India nak ada wakil mereka, kita nak kaum India tengok MIC parti yang dihormati BN bukan alat yang bawa undi kepada BN. Tidak boleh.

“Itu akan menjejaskan perjuangan kita membawa undi ke pangkuan BN,” katanya selepas merasmikan  Persidangan Perwakilan MIC Negeri Selangor Ke-75 dan 76 di sini hari ini.

Untuk rekod, semalam, Vigneswaran berkata, permintaan parti berkenaan dalam pembahagian kerusia dianggap munasabah kerana mereka bersama-sama dengan UMNO selama ini. – MalaysiaGazette