Pengasas Noir, Eriyca Baiduri (kiri) nafi kahwin suami kerana duit.

KUALA LUMPUR – Usahawan kosmetik yang makin popular, Eriyca Baiduri atau mesra disapa Madammu menafikan dia berkahwin dengan suami disebabkan wang semata-mata.

Eriyca, 33, yang pengasas Noir berkata, ketika berkahwin pada 2015, suaminya, Muhammad Azri Che No, 44, hanyalah lelaki biasa dan bukan kaya raya.

Penaja Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) itu menjelaskan, tidak semua wanita berkahwin sebab memilih lelaki berduit namun dia dijodohkan bertemu suami yang baik.

“Saya berkahwin dengan suami bukan sebab duit semata-mata kerana tidak semua perempuan berkahwin sebab duit. Saya berkahwin dengan suami sebab dia baik.

“Dia akan membahagiakan dan menjaga saya dengan baik. Jadi, itu yang sebenarnya saya nak dalam rumah tangga. Masa saya kahwin dengan dia, walaupun waktu itu dia biasa-biasa tapi saya percaya dengan budi bicara, karakter dia yang sangat melindungi, saya tahu dia boleh jaga saya.

“Saya tahu rezeki boleh dicari kemudian dan boleh cari bersama-sama. Alhamdulillah, hari ini daripada kami biasa-biasa kami dapat mencapai apa yang kami nak. Sebab itu dalam rumah tangga ini niatnya kena betul. Jadi, saya okay sahaja dengan netizen itu.

“Sebenarnya saya taklah marah dan geram. Saya faham, tidak semua orang kenal kita, tidak semua orang tahu kisah kita dan tidak semua orang tahu cerita kita. Cuma, apa yang saya boleh katakan, saya dengan suami ini kami berkahwin daripada tidak ada apa apa dan bermula daripada sederhana,” kata di media sosialnya.

Dia menjawab komen netizen di aplikasi TikTok hingga tular apabila menjawab dakwaan ke atas.

“Cuba laki (suami) pakai kereta Wira buruk dah lama bini (isteri) lari,” kata seorang netizen.

Eriyca membalas pertanyaan pengguna itu yang memaparkan dirinya bersama suami di dalam kereta.

Sehingga kini, hantaran video itu mencecah lebih 1.1 juta tontonan, mendapat lebih 51,000 tanda suka, lebih 1200 komen dan lebih 600 perkongsian semula.

Menurut Eriyca, dia dan suami bermula dari tinggal di rumah sewa hingga dapat membeli rumah sendiri selain dapat membina empayar pernigaan jenama Noir Health & Beauty (Noir).

“Kehidupan dulu tidaklah semewah hari ini. Dari kami duduk rumah sewa kami beli rumah. Perlahan-lahan perniagaan makin berkembang dan maju. Jadi jika ada yang kata saya kahwin sebab duit itu salah. Sata faham, netizen ni mereka suka buat andaian dan mereka suka bercakap apa yang mereka fikir.

“Kalau nak tahu, jenama Noir adalah saya punya sendiri. Begitu juga suami yang mempunyai perniagaan sendiri tapi lebih banyak bantu saya di Noir,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast