NEW DELHI – Mayat seorang askar India yang hilang diHimalaya 38 tahun lalu telah ditemui.
Chandrashekhar Harbola dan 19 rakan sekerja terperangkap dalam runtuhan salji semasa operasi rondaan di glasier Siachen di sepanjang sempadan India-Pakistan pada 1984.
Hanya 15 mayat ditemui kemudian tetapi lima lagi masih hilang.
Siachen adalah medan perang tertinggi di dunia dan askar dari kedua-dua negara mati dalam ribut dan runtuhan salji.
Unit tentera yang melihat mayat Harbola juga menemui satu lagi mayat tetapi ia masih belum dikenal pasti, lapor agensi berita PTI.
Keluarga Harbola, yang tinggal di daerah Haldwani di negeri Himalaya Uttarakhand, berkata, penemuan itu akan memberi pengakhiran akan kehilangannya.
Pengebumian dengan penghormatan penuh tentera telah dirancang di kampungnya.
Ini bukan kali pertama mayat askar ditemui selepas beberapa dekad.
Unit rondaan menemui mayat Tukaram V Patil pada 2014 – 21 tahun selepas dia hilang di glasier.
Siachen telah menjadi kawasan yang dipertaruhkan antara India dan Pakistan.
Rundingan telah diadakan untuk menjadikan ia kawasan itu sebagai zon penampan tetapi tidak berjaya.
Lebih empat dekad kemudian, tentera dari kedua-dua negara masih ditempatkan di kawasan berkenaan.
Sekurang-kurangnya 129 askar Pakistan maut pada 2012 dalam runtuhan salji berhampiran glasier Siachen.
Insiden itu mendorong India dan Pakistan untuk mengundurkan tentera dari kawasan yang direbut tetapi masih gagal membuat keputusan.
Sekurang-kurangnya 10 askar India maut dalam runtuhan salji pada 2016 dan empat lagi mati pada 2019 dalam keadaan yang sama. – BBC