Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Piawaian MS2530:2022 yang ditambah baik dengan penambahan bahagian baharu iaitu Bahagian 4.2 untuk Fasiliti Pemprosesan Minyak Sawit dan Bahagian 4.3 untuk Sektor Perniagaan Sawit belum lagi dimandatorikan untuk Fasiliti Pemprosesan Minyak Sawit dan Sektor Perniagaan Sawit.

Namun Fasiliti Pemprosesan Minyak Sawit dan Sektor Perniagaan Sawit boleh mendapatkan pensijilan Pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO) secara sukarela di bawah MS2530:2022, Bahagian 4.2 dan 4.3 sehingga Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengumumkan pelaksanaan mandatori bagi bahagian-bahagian tersebut.

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata, Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) tidak pernah melantik sebarang perunding/syarikat/ wakil untuk menyediakan perkhidmatan rundingan kepada peniaga sawit.

Pada masa ini, semua Badan Pensijilan Bertauliah (ACB) sedang melalui proses akreditasi dengan Jabatan Standard Malaysia demi memastikan Badan Pensijlan menjalankan audit MSPO dengan cekap, dipercayai dan konsisten. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast