Mahathir
Dr. Mahathir Mohamad

PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan beliau tidak pernah mengarahkan projek pembinaan enam Kapal Pesisir Pantai (LCS) dibatalkan semasa beliau menjadi Perdana Menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Tegasnya, kalau ada pihak yang mendakwa beliau berbuat demikian, itul adalah fitnah dan bohong semata-mata.

“Saya batalkan projek LCS? Tahun bila? Adakah projek ini dimulakan masa saya jadi Perdana Menteri? Saya bukan Perdana Menteri masa projek ini dibuat, saya masih ingat, seorang ahli perniagaan, Tan Sri Amin Shah Omar diambil tindakan dan syarikat pembuat kapal, Boustead Holding Bhd. ambil alih projek ini.

“Masa itu saya bukan Perdana Menteri lagi, macam mana kata saya tahu itu ini pasal LCS?” soalnya ketika ditanya media berhubung skandal LCS selepas mempengerusikan Mesyuarat Gerakan Tanah Air (GTA) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Menurut beliau, semua orang boleh berbohong dengan cuba menuding jari kepadanya. – MalaysiaGazette