Christopher Patit

MELAKA – Trauma dipaksa menghisap kemaluan rakan sekolahnya, seorang pelajar Tingkatan 2 sebuah sekolah menengah terkenal di sini didakwa cuba bertindak membahayakan diri menggunakan sebilah pisau di rumahnya Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, berdasarkan laporan dibuat ibunya yang berusia 37 tahun, kejadian itu terdedah selepas anak lelakinya dilihat murung.

“Wanita itu mendakwa, rakan-rakan asrama sekolah anaknya itu telah melakukan seks oral dengan cara memaksanya menghisap kemaluan rakannya.

“Keadaan itu kemudian menyebabkan anaknya ketakutan dan trauma sehingga sanggup cuba membahayakan diri pada petang Jumaat lalu.

“Anaknya itu turut dikatakan meracau pada pagi semalam sebelum suri rumah itu dan keluarganya menghantar remaja itu ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette di sini hari ini.

Christopher bagaimanapun berkata, kes tersebut masih dalam siasatan kerana pihaknya belum mendapatkan rakaman percakapan daripada pelajar terbabit yang masih dirawat di hospital.

“Setakat ini kita sudah menerima laporan dibuat ibu remaja berkenaan dan kes telah diserah kepada Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka untuk siasatan lanjut.

“Pihak polis akan mendapatkan rakaman percakapan daripada remaja terbabit untuk mengetahui punca sebenar kejadian,” katanya. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast