SHAH ALAM – Orang ramai diminta berwaspada dan tidak terpedaya dengan penularan pautan akaun Facebook palsu yang menggunakan logo dan nama Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia di media sosial sejak akhir-akhir ini.
Facebook palsu itu menggunakan pautan (https://www.facebook.com/malaysiaimmigrationdepartment).
Pautan palsu itu dikesan menggunakan logo Jabatan Imigresen Malaysia dalam permohonan E-Kad bagi pekerja asing.
Orang ramai diminta agar merujuk portal (https://www.imi.gov.my) dan Facebook rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (https://www.facebook.com/imigresen) untuk sebarang maklumat lanjut, menurut kenyataan jabatan itu.
Jabatan Imigresen juga meminta mana-mana pihak yang mengesan atau menerima sebarang pautan berkaitan Facebook palsu jabatan itu supaya tampil melaporkan segera kepadanya serta-merta.
Tambahnya, sebarang pertanyaan boleh rujuk pada Sistem Pertanyaan Online (SPO) di http://eapp.imi.gov.my/spo. – MalaysiaGazette