Menara Dato Onn di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) malam ini menjadi tumpuan para pengamal media dan pemerhati politik berikutan berlangsungnya mesyuarat Biro Politik UMNO.
Ia diadakan sehari selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta ke atas Datuk Seri Najib Razak.