KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin nampaknya tersilap percaturan apabila membuat kenyataan berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap kes SRC membabitkan Datuk Seri Najib Razak.
Ini kerana kenyataan itu menyebabkan Muhyiddin dikecam warga maya termasuk pemimpin politik yang rata-ratanya mendakwa Ahli Parlimen Pagoh itu cuba mengambil kredit atas apa yang berlaku.
Muhyiddin dalam kenyataannya semalam melahirkan rasa syukur kerana perjuangannya dan rakyat Malaysia menentang rasuah akhirnya terjawab di Mahkamah Persekutuan.
Beliau mendakwa telah telah menyuarakan kebimbangan mengenai penyalahgunaan kuasa dan rasuah pada skala yang besar menerusi penyelewengan dana 1MDB dan SRC International membabitkan Najib sejak tahun 2015.
Katanya, walaupun beliau hukum dengan pemecatan dari kerajaan dan parti pada ketika itu, beliau terus istiqamah dengan prinsip menegakkan yang hak.
”Hari ini, saya bersama-sama dengan rakyat Malaysia yang konsisten melawan rasuah dan penyelewengan dapat menghela nafas lega dengan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan bersalah ke atas Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
”Terbukti, sistem kehakiman negara kita yang bebas telah dapat menjamin tertegaknya keadilan dan mengembalikan maruah negara yang tercalar,” kata Muhyiddin dalam kenyataan tersebut.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nik Nazmi Nik Ahmad secara sinis berkata, kenyataan Ahli Parlimen Pagoh itu umpama orang lain buat projek, dia claim kredit.
”Ni dekat sekolah orang lain buat projek, dia claim kredit. Awal-awal adalah buat sikit-sikit, lepas tu jahanamkan projek. Projek dapat A dia muncul balik,” katanya.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad, Jalil Rasheed pula meminta Muhyiddin berhenti mengambil kredit terhadap keputusan mahkamah semalam selepas beliau mencabuli mandat rakyat.
”Anda tidak melakukan apa-apa semasa memegang jawatan kecuali melaksanakan pelantikan politik untuk mengekalkan kedudukan anda,” ujarnya.
Dalam pada itu, kebanyakan warganet turut memberi komen sinis dalam Facebook Muhyiddin selepas beliau membuat kenyataan sedemikian.
Ramai yang mempersoaalkan adakah Muhyiddin akan membuat kenyataan sama jika keputusan Mahkamah Persekutuan semalam menyebelahi Najib.
Seorang netizen, Jebat May Kamarul II berkata: “Think the other side Tan Sri. Andai keputusan hari ni berlainan dengan apa yg kita perolehi hari ini, adakah Tan Sri dengan rela hati menulis sepanjang ini dan menyokong sistem kehakiman negara?
”In my experience, selepas tengok apa yg berlaku semasa PAU (Perhimpunan Agung UMNO) 2016 sampai DS H20 (Hishammuddin Hussein) calm downkan u di sebalik pintu selepas DSN menolak hak u utk berucap pada persidangan sayap pemuda UMNO dahulu, i dont think so Tan Sri,” katanya.
Aiman Athirah Al Jundi pula berkata; ”Tan Sri tak yah lah ambil kredit, hakikatnya TS lebih teruk rosakkan negara ini dengan scheme of things TS.
“Kami dah lama lawan rasuah dan salah guna kuasa, sebelum TS sendiri dijatuhkan oleh kawan-kawan TS, jika bukan kerana TS bergabung dengan PH, TS pun belum tentu berjaya malangnya TS memang daripada kelompok mudah lupa, halal menipu untuk kepentingan sendiri. Fitnah gabungan sendiri kerana takut kalah PRU-15 dan tak percaya kita blh bangkit dan menang.
“TS kena ingat, pengkhianat takkan ada pembela. Pengkhianat akan dikhianati. Demi Allah yang jiwa-jiwa kita berada di dalam genggamanNya,” ujarnya.
Manakala Mogan Velayatham pula bertanya: “TS, apa perjuangan anda ? Sheraton move yang digerakkan oleh anda dan sekutu anda adakah perjuangan murni?
Shah Kazai pula menempelak Muhyiddin dengan berkata: “Sudahlah ko abah, sama ja 2×5, merasuah MP MP dgn jawatan utk kekal berkuasa! Itu pun rasuah tu”.
Tambah Azman Md Rasip: “Nama TSMY juga disebut sebut oleh saksi dlm perbicaraan kes DSZH (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) . Juta juta juga bunyinya”.
Raouf Mokhtar pula mencabar Muhyiddin dengan berkata: “Kalau bersih sangat..apa kata Tan Sri bersumpah tak pernah ambik rasuah walau seringgit”.
Lebih sinis lagi apabila seorang netizen, Izan Zawawi berkata: “Kalau dia tak sain ko tak merasa jadi PM. Jangan lupa tu Midin”.
Syed Shah Syed Osman berkata: “Nak claim pulak dah. Masa Tan Sri nak jadi PM, Najib juga menyokong. Jangan pernah lupa tu…”
”Ya Tan Sri… Zaman Tan Sri semua jadi hebat…. Semua jadi telus… Yang lompat terus suci….. Tiada rasuah…. Kes mahkamah pun bole gugur masa zaman tu…. Ya Tan Sri… Kami ingat tu Tan Sri … Butang jangan lupa tekan Tan Sri..,” kata Badry Abas.
Dalam pada itu, seorang netizen, Nor Syahrul Bariyah membidas kenyataan Muhyiddin dengan berkata, hingga akhir perjuangan Najib tak pernah merayu kepada sesiapa untuk menggugurkan kesnya malah beliau tidak pernah merayu kepada rakyat untuk penuhi di jalan raya untuk mengamuk kerananya.
Najib tak pernah menggunakan kelebihannya untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk menggugurkan kesnya atau pernah menghasut sesiapa untuk bermatian-matian memperjuangkan nasibnya.
Najib juga tak pernah ambil kesempatan mempergunakan penyokong untuk menjadi benteng terakhir menyelamatkan dirinya, juga Najib tak pernah menggunakan UMNO untuk mempertahankan diri.
“Dia cuma minta masa tapi dinafikan hakim. Dia cuma bawa bukti tapi semuanya ditolak sebelum dibawa bicara dalam prosiding. Dia cuba membuktikan kesahihan buktinya tapi ada makhluk sengaja peram bukti. Dia ada kawan tapi kawan-kawan semua khianatinya.
”Kenangan ditinggalkan Najib walaupun dia dalam kesenangan dan kesusahan tetapi tak sedetik pun dia abaikan kesusahan rakyat. Bila dia ada kuasa dia manfaatkan untuk dan bila tiada kuasa dia berjuang untuk rakyat walaupun sebenarnya dia perlu lebih untuk dirinya. Tapi dia abaikan kerana dia fikir apa masalah dia berbanding masalah rakyat.
”Akhir dia yang tersungkur! Tapi masih meminta maaf kepada rakyat walaupun dia tak buat apa-apa kesalahan. Hingga akhirnya ketika dia mengadap mengadu kepada Allah pun orang hinanya. Hanya Allah sahaja tempat akhir untuk dia dan kita berharap. Biarlah Allah mainkan apa yang dia rancangan. Bismillahi Tawakkaltu alallah La Haula Wala Quwwata illa Billahil Aliyil Azim,” katanya. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Perjuangan saya menentang rasuah akhirnya terjawab, kata Muhyiddin