Buku bertajuk Lower Kinabatangan Premier Competitive Sustainable Ecotourism menerima anugerah kategori Buku Alam Semula Jadi Terbaik (Lestari).

KUALA LUMPUR – Penerbit UMS mengharumkan nama Universiti Malaysia Sabah (UMS) apabila merangkul dua anugerah pada Majlis Anugerah Buku Negara (ABN) 2022 di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan Dan Kesenian Sultan Abdul Aziz Shah Universiti Putra Malaysia (UPM), baru-baru ini.

Anugerah pertama diperoleh melalui buku bertajuk Lower Kinabatangan Premier Competitive Sustainable Ecotourism tulisan Prof. Dr. Jennifer Chan Kim Lian, Kamarul Mizal Marzuki, Prof. Madya Dr. Fiffy Hanisdah Saikim, dan Dr. Tini Maizura Mohtar.

Buku tersebut dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Buku Alam Semula Jadi Terbaik (Lestari).

Sementara itu, sebuah lagi buku terbitan Penerbit UMS turut diangkat sebagai penerima bagi kategori anugerah Buku Umum Terbaik (Sains Sosial).

Buku berjudul “Perpindahan Ibu Kota Indonesia ke Kalimatan” diangkat sebagai penerima bagi kategori anugerah Buku Umum Terbaik (Sains Sosial).

Buku berjudul “Perpindahan Ibu Kota Indonesia ke Kalimatan” merupakan karya suntingan Dr. Aliakbar Gulasan, Amrullah Maraining, Prof. Madya Dr. Ramli Dollah dan Dr. Marsitah Mohd Radzi.

Majlis penyampaian sijil dan anugerah disempurnakan Timbalan Setiausaha (Dasar) Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr Megat Sany Megat Ahmad Supian (anugerah pertama), dan Profesor Adjunct UPM merangkap Pengerusi Alam Flora, Tan Sri Abu Kassim Mohamed (anugerah kedua).

Pengarah Penerbit UMS Prof Madya Dr Asmiaty Amat dalam pada itu berkata, anugerah tersebut menunjukkan penerbitan buku penting dan sentiasa memastikan penerbit UMS menerbitkan hasil kajian yang bermutu pada masa akan datang.

Untuk rekod, Majlis ABN 2022 berlangsung pada 22-25 Ogos 2022 bersempena Persidangan Buku Antarabangsa, Ekspo Buku Malaysia dan Forum Kelab Penulis.

ABN 2022 dianjurkan Yayasan Pembangunan Buku Negara, menyaksikan sebanyak 55 kategori anugerah telah dipertandingkan melibatkan penyertaan lebih 30 penerbit yang terdiri daripada penerbit universiti, agensi kerajaan, swasta dan persendirian melibatkan lebih 500 judul buku. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast