PARIS – Dua juruterbang Air France telah digantung kerja selepas berlakunya pertengkaran fizikal di kokpit.
Juruterbang dan pembantu juruterbang berbalas pukulan ketika mereka menerbangkan pesawat Airbus A320 dari Geneva ke Paris pada Jun lali, kata akhbar La Tribune.
Pergaduhan itu menyebabkan anggota kru kabin terpaksa campur tangan selepas mendengar bunyi bising.
Seorang anak kapal terpaksa berada di dalam kokpit sehingga penerbangan mendarat dengan selamat.
Insiden itu tidak menjejaskan penerbangan, kata syarikat penerbangan itu kepada La Tribune.
Insiden itu berlaku selepas laporan yang diterbitkan oleh badan penyiasatan udara Perancis mengatakan syarikat penerbangan itu mempunyai budaya yang kurang ketelitian berhubung prosedur keselamatan. – BBC