Penghibur Jalanan, Roslee Yusop atau lebih dikenali sebagai Uncle Ting Tong bersama anaknya Muhammad Nirwan Roslee menjadi penghibur jalanan dengan memperagakan kostum Jalur Gemilang beserta bendera Malaysia dalam menyemarakkan lagi suasana sambutan bulan kebangsaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 30 OGOS 2022.

Semangat patriotisme atau cinta tanah air yang menjadi simbolik pada penggayaan kostum Roslee Yusop, 55, tidak pernah luntur walaupun pekerjaannya tidak menjanjikan bayaran lumayan.

Menjadi satu-satunya penggiat seni badut kaki panjang yang mengenakan kostum Jalur Gemilang sebagai ‘seragamnya’, seniman jalanan itu sebaliknya giat berkarya dengan cara tersendiri sementelahan menjelang Sambutan Hari Kebangsaan yang Ke-65 pada hari ini.

“Saya sememangnya berseni dan mahu untuk menghiburkan orang ramai, namun dalam masa sama saya mahu menyuntik semangat kecintaan terhadap negara dalam diri mereka. Ini antara tujuan saya memilih kostum Jalur Gemilang.

“Walaupun kerjaya ini tidak pernah menjanjikan pendapatan yang tetap, tetapi saya teruskan kerana minat yang mendalam. Saya akan teruskan seni ini selagi masih ada kudrat atau mencecah usia 70 tahun,” ujar Roslee atau dikenali sebagai ‘Uncle Ting Tong’.

Menyingkap kembali perjalanan hidupnya sebagai badut, Roslee berkata pada awal penglibatannya dia menyertai pelbagai kelab badut pada tahun 2011 sebelum memilih untuk bergerak secara solo.

Menurut Roslee anak lelaki tunggalnya, Muhammad Nirwan, 19, sebelum ini menghidapi penyakit genetik sel darah merah atau Talasemia sejak lahir lagi. Bila meningkat ke dewasa penyakit itu mula hilang.

Menurutnya Muhammad Nirwan, 19, perasaan minat untuk mengikut jejak langkah bapanya itu hadir tanpa dipaksa selain sanggup meluangkan masa untuk menghiburkan orang ramai walaupun kebanyakan remaja seusianya cenderung kepada aktiviti lain.

“Sejak dari kecil memang saya akan ikut apa yang ayah buat. Mula-mula saya perhatikan dahulu lenggok dan kaedahnya, sehinggalah saya mampu buat sendiri.

“Pada masa sama, ayah juga memang berikan galakan kepada saya untuk teruskan seni jalanan ini,” kata Muhammad Nirwan.

Penghibur Jalanan, Roslee Yusop atau lebih dikenali sebagai Uncle Ting Tong bergambar dan menunjukkan koleksi keratan akhbar yang memaparkan jiwa seni beliau memperagakan kostum Jalur Gemilang sempena sambutan bulan kebangsaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di rumahnya Pangsapuri Flora Damansara, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 30 OGOS 2022.
Penghibur Jalanan, Roslee Yusop atau lebih dikenali sebagai Uncle Ting Tong bersama anaknya Nurizawani Roslee menjahit membuat kostum Jalur Gemilang sempena sambutan bulan kebangsaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di rumahnya Pangsapuri Flora Damansara, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 30 OGOS 2022.
Penghibur Jalanan, Roslee Yusop atau lebih dikenali sebagai Uncle Ting Tong bersama anaknya Muhammad Nirwan Roslee ketika membuat persiapan menukar kasut pada tiang kaki sebelum memperagakannya di jalanan sempena sambutan bulan kebangsaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di rumahnya Pangsapuri Flora Damansara, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 30 OGOS 2022.
Penghibur Jalanan, Roslee Yusop atau lebih dikenali sebagai Uncle Ting Tong bersama anaknya Nurizawani Roslee ketika mencuba dan menyediakan kostum Jalur Gemilang yang dijahit sebelum memperagakannya di jalanan sempena sambutan bulan kebangsaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di rumahnya Pangsapuri Flora Damansara, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 30 OGOS 2022.
Penghibur Jalanan, Roslee Yusop atau lebih dikenali sebagai Uncle Ting Tong ketika berehat sambil menonton televisyen sebelum memperagakan kostum Jalur Gemilang di jalanan sempena sambutan bulan kebangsaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di rumahnya Pangsapuri Flora Damansara, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 30 OGOS 2022.
Penghibur Jalanan, Roslee Yusop atau lebih dikenali sebagai Uncle Ting Tong bersama ahli keluarganya keluar dari rumah bagi membuat persiapan berniaga di gerai makan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di rumahnya Pangsapuri Flora Damansara, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 30 OGOS 2022.
Penghibur Jalanan, Roslee Yusop atau lebih dikenali sebagai Uncle Ting Tong bersama anaknya Muhammad Nirwan Roslee sibuk memasang bendera Jalur Gemilang di gerai makan bagi menyemarakkan lagi suasana sambutan bulan kebangsaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette Uptown Kota Damansara, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 30 OGOS 2022.
Penghibur Jalanan, Roslee Yusop atau lebih dikenali sebagai Uncle Ting Tong sibuk sibuk menyediakan pesanan pelanggan semasa berniaga di kedai makan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette Uptown Kota Damansara, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 30 OGOS 2022.
Penghibur Jalanan, Roslee Yusop atau lebih dikenali sebagai Uncle Ting Tong bersama anaknya Muhammad Nirwan Roslee ketika membuat persiapan sebelum memulakan kerjanya sebagai penghibur jalanan bagi menyemarakkan lagi suasana sambutan bulan kebangsaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 30 OGOS 2022.

Penghibur Jalanan, Roslee Yusop atau lebih dikenali sebagai Uncle Ting Tong memperagakan topi jalur gemilang ketika membuat persiapan sebelum memulakan kerjanya sebagai penghibur jalanan bagi menyemarakkan lagi suasana sambutan Hari Kebangsaan 2022 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 30 OGOS 2022.
Penghibur Jalanan, Roslee Yusop atau lebih dikenali sebagai Uncle Ting Tong bersama anaknya Muhammad Nirwan Roslee menjadi penghibur jalanan dengan memperagakan kostum Jalur Gemilang beserta bendera Malaysia dalam menyemarakkan lagi suasana sambutan bulan kebangsaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 30 OGOS 2022.
Penghibur Jalanan, Roslee Yusop atau lebih dikenali sebagai Uncle Ting Tong bersama anaknya Muhammad Nirwan Roslee menjadi penghibur jalanan dengan memperagakan kostum Jalur Gemilang dan memberi bendera Malaysia kepada orang ramai dalam menyemarakkan lagi suasana sambutan bulan kebangsaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 30 OGOS 2022.
Seorang pengunjung kelihatan gembira selepas diberikan bendera Malaysia dari Penghibur Jalanan, Roslee Yusop atau lebih dikenali sebagai Uncle Ting Tong bersama anaknya Muhammad Nirwan Roslee bagi menyemarakan lagi suasana sambutan bulan kebangsaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 29 OGOS 2022.
Penghibur Jalanan, Roslee Yusop atau lebih dikenali sebagai Uncle Ting Tong bersama anaknya Muhammad Nirwan Roslee menjadi penghibur jalanan dengan memperagakan kostum Jalur Gemilang beserta bendera Malaysia dalam menyemarakkan lagi suasana sambutan bulan kebangsaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 30 OGOS 2022.
Penghibur Jalanan, Roslee Yusop atau lebih dikenali sebagai Uncle Ting Tong bersama anaknya Muhammad Nirwan Roslee menjadi penghibur jalanan dengan memperagakan kostum Jalur Gemilang beserta bendera Malaysia dalam menyemarakkan lagi suasana sambutan bulan kebangsaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 30 OGOS 2022.
Penghibur Jalanan, Roslee Yusop atau lebih dikenali sebagai Uncle Ting Tong bersama anaknya Muhammad Nirwan Roslee menjadi penghibur jalanan dengan memperagakan kostum Jalur Gemilang beserta bendera Malaysia dalam menyemarakkan lagi suasana sambutan bulan kebangsaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 30 OGOS 2022.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast