PEKAN – Kira-kira 5,000 penyokong hadir berhimpun secara aman memberi sokongan terhadap Soladiriti Najib Razak di Dataran Pekan hari ini.
Penyokong tegar bekas perdana menteri itu mulai membanjiri Dataran Pekan tengah hari tadi bagi melahirkan tanda solidariti kepada Najib sebelum mengadakan himpunan bermula 2.30 petang.
Difahamkan perhimpunan yang berlangsung selama tiga jam mendapat permit itu juga menghimpunkan beberapa pimpinan di kawasan berkenaan juga berucap memberi kata semangat kepada peserta dan menyanyikan lagu Inilah Barisan Kita.
Hadir sama sama isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur, anak Najib, Datuk Mohd Nizar dan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam
Program yang berlangsung turut dimuat naik di laman sosial Facebook Najib Razak, Pahangku Media dan Lokman Noor Adam itu menapat ribuan paparan.
Semalam satu hantaran rasmi dimuat naik di Facebook Najib Razak oleh ahli keluarga Datuk Seri Najib Razak berkapsyen “Jaga Pekan baik-baik masa saya tiada”.
Sementara itu, Mohd Nor Hafirul Ikhram Abd Hair, 39, berpendapat, perhimpunan tersebut dimanfaatkan sebagai platform menunjukan perlaksanaan demokrasi dan menyokong figura dan yang juga bekas pemimpin negeri itu.
“Saya berpendapat program hari ini beri juga penjelasan kepada pengundi Perlimen Pekan untuk memastikan PRU-15 nanti supaya Barisan Nasional akan menang besar di Parlimen Pekan nanti.
“Ia memberi pendedahan kepada rakyat di Pekan khususnya, di mana kita dapat melihat sokongan rakyat kepada UMNO sangat lebih kuat dan siaran secara langsung juga mendapat sambutan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, memberi jaminan untuk tidak menjadikan jalan raya atau pusat beli-belah sebagai lokasi untuk ahli parti bersolidariti buat Najib pada 27 Ogos lalu.
Malahan perhimpunan yang di Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur turut berlansung dengan aman.
Keputusan mahkamah mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta terhadap Najib atas kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. – MalaysiaGazette