Home Nasional Laungan ‘Bossku’ sambut ketibaan Najib di mahkamah

Laungan ‘Bossku’ sambut ketibaan Najib di mahkamah

KUALA LUMPUR – Sekumpulan kecil penyokong Datuk Seri Najib Razak melaungkan perkataan ‘Boosku’ dan melambai sebaik sahaja kenderaan milik Jabatan Penjara Malaysia tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi ini.

Antara yang kelihatan berada di mahkamah ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Lokman Noor Adam bagi mengikuti prosiding 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang membabitkan bekas Perdana Menteri itu.

Najib menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Prosiding dijadualkan bermula jam 10 pagi di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Najib yang didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi atas tuduhan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn, Bhd. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast