Bekas Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Sabudin Mohd Salleh hari ini bebas daripada pertuduhan menerima rasuah RM200,000 bagi mengeluarkan permit kerja. - Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan cuba menipu dengan menyamar sebagai Setiausaha Sulit Tengku Mahkota Pahang, dua tahun lepas.

Tertuduh, Datuk Redzuan Zainuddin, 40, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nadia Othman.

Mengikut pertuduhan, Redzuan didakwa cuba menipu pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) anak syarikat sebuah bank, Abd Samad Khalid, 58, dengan menyamar dan mempercayai bahawa tertuduh sebagai Setiausaha Sulit kepada (SUS) Tengku Mahkota Pahang/Pemangku Raja Pahang.

Tindakan itu mendorong Abd Samad melantik tertuduh sebagai Ahli Pemegang Amanah Yayasan Bank Rakyat.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Menara 1, Menara Kembar Bank Rakyat, Brickfields di sini pada 2.14 petang, 27 Mac 2020.

Redzuan didakwa mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Asisten Komisioner Nom Phot Prackdit menawarkan jaminan RM10,000 terhadap tertuduh.

Bagaimanapun peguam Ramalinggam yang mewakili Redzuan memohon jaminan paling minimum dengan alasan anak guamnya sudah berkahwin dan mempunyai lapan anak.

Kemudian mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 25 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast