KUALA LUMPUR – Filem Abang Long Fadil 3 yang memulakan tayangan rasminya semalam berjaya meraih kutipan RM3 juta menerusi 159 buah pawagam Malaysia, Brunei dan Singapura.

Pengarah dan idea asal Abang Long Fadil 3, Syafiq Yusof meluahkan rasa  syukur di atas sambutan yang baik dan mengucapkan terima kasih kepada semua penonton yang telah menonton’ buah tangannya’.

“Alhamdulillah, ia menyaksikan permulaan yang baik buat Abang Long Fadil 3 menerusi sambutan yang memberangsangkan ini.

“Terima kasih kepada semua penonton yang telah menonton Abang Long Fadil 3 di pawagam.” kata Syafiq dalam satu kenyataan.

Syafiq berharap filem komedi dan aksi ini mampu menepati cita rasa penonton.

Filem terbitan Skop Productions dan Astro Shaw ini menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaru yang lebih berprofil tinggi.

Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam masa sama Fadil diburu oleh King Cobra kerana dendam dahulu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast