Dr. Nurul Hazlina Noordin ( tengah) dan Pengarah Urusan NGPP, Dato' Lim Thiam Huat dalam Program Penanaman Pokok Sempena Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di Tasik Chini, Pekan, Pahang.

PEKAN – Seramai 50 sukarelawan KILAU Universiti Malaysia Pahang (UMP) menjayakan Program Penanaman Pokok Sempena Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di Tasik Chini hari ini.

Penolong Naib Canselor Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat UMP, Prof Madya Ir. Dr. Nurul Hazlina Noordin berkata, sukarelawan itu terdiri daripada pelajar dan kakitangan Next Green Pulp and Papers (NGPP).

Program itu sebahagian daripada usaha UMP dalam menyokong Kempen penanaman pokok anjuran Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP).

“Program ini juga sebahagian usaha UMP ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dengan memperkenalkan Projek Alam@UMP di bawah Yayasan UMP dengan kolaborasi pihak industri untuk menjayakan penanaman 5000 pokok dalam tempoh lima tahun.

“Sebanyak 400 pokok yang terdiri daripada jenis Meranti Temak Nipis, Merawan Siput Jantan, Kasai dan Batai ditanam,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Penglibatan UMP dalam program CSR amat bermakna terutamanya dalam mencapai matlamat untuk memulihara alam sekitar melalui aktiviti penanaman pokok.

Malah ia dapat memperkasakan inisiatif dengan menyampaikan mesej mengenai kesedaran pemeliharaan dan pemuliharaan warisan alam semulajadi kepada pelbagai lapisan masyarakat.

Di samping itu, aktiviti yang sama turut menyumbang kepada kriteria dalam penarafan UI Green Metric.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast