Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki meninggal dunia ketika dalam tahanan di lokap berpusat Shah Alam meninggal dunia, awal pagi tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Polis, Asisten Komisioner Skandaguru Anandan berkata, orang kena tahan (OKT) itu ditemui dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri, di lokap berkenaan, kira-kira 4.59 pagi.

berusia 33 tahun itu ditemui dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri, di lokap berkenaan, kira-kira 4.59 pagi.

Pihak hospital telah dihubungi bagi mendapatkan bantuan tetapi lelaki berusia 33 tahub itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Shah Alam lebih kurang 5.20 pagi.

Beliau dalam kenyataan berkata, OKT itu ditangkap pada 29 Julai lalu di bawah Seksyen 6(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Langkah-Langkah Pencegahan 1952 dan ditempatkan di lokap berpusat Shah Alam sementara siasatan dilakukan.

Skandaguru berkata, mayat tahanan terbabit yang dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang akan dibedah siasat esok bagi mengetahui punca kematiannya.

Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard akan menjalankan siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast