Juruterbang dibawa menaiki helikopter tentera selepas ditemui di lokasi nahas.

KUALA LUMPUR – Juruterbang helikopter yang hilang dalam penerbangan ke Ipoh semalam disahkan meninggal dunia selepas ditemui pagi tadi.

Kematian juruterbang itu disahkan oleh Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri sebentar tadi.

Mohd Yusri Hassan Basri

Identiti mayat tersebut dikenal pasti sebagai Tsz Kin Richard Chan, 58, adalah seorangĀ  warganegara Hong Kong.

Mangsa telah dibawa keluar dari kokpit oleh pasukan penyelamat dari kawasan Hutan Simpan Chikus, di sini, sekitar pukul 10.12 pagi

Semalam media melaporkan, helikopter tersebut terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) kira-kira jam 12.16 tengah hari.

Bangkai helikopter yang ditemui di lokasi nahas di Bidor, Perak.

Helikopter tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang pada 11.37 pagi dan dijadualkan sampai di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah pukul 12.37 tengah hari.

Pihak berkuasa menyusun atur operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dimulakan pada pukul 4 petang melibatkan kawasan sempadan antara Hilir Perak dan Bidor.

SAR berkenaan diaktifkan selepas menerima maklumat daripada orang awam yang memaklumkan terdengar bunyi helikopter terbang rendah berhampiran Kampung Kenangan Jalan Bidor- Teluk Intan dekat sini, sekitar jam 5.40 petang. – MalaysiaGazette