SEOUL – Seorang wanita ditahan di Korea Selatan yang dipercayai membunuh dua anaknya yang ditemui dalam beg di New Zealand bulan lalu.

Dua mayat itu ditemui oleh individu yang membeli beg pakaian itu dari unit simpanan sebagai sebahagian daripada lelongan barangan terbiar di Auckland.

Mayat kanak-kanak yang berusia tujuh dan 10 tahun itu berkemungkinan telah disimpan di kemudahan penyimpanan Papatoetoe Safe Store selama tiga hingga empat tahun sebelum ditemui, kata polis.

Pada 22 Ogos, Agensi Polis Kebangsaan Korea mengesahkan seorang keluarga kanak-kanak telah tiba di Korea Selatan pada 2018 dan tidak mempunyai rekod meninggalkan negara itu sejak tahun itu.

Menurutnya, New Zealand telah memohon untuk mengektradisi wanita berkenaan.

Polis Auckland telah bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Korea Selatan untuk mencari wanita berkenaan selepas dia dipercayai berada di sini.

Wanita berusia 42 tahun itu berlepas ke sini pada tahun 2018 selepas kematian anak-anaknya.

Interpol telah mengeluarkan surat penahanannya dan dia ditahan pada hari malam Khamis dalam satu serbuan di sebuah apartmen di Ulsan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast