logo luar negara
Gambar hiasan

SAO PAULO – Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan seramai 28 cedera apabila sebahagian daripada depoh kontena runtuh di negeri tenggara Brazil, Sao Paulo.

Menurut bomba, insiden itu berlaku di bandar Itapecerica da Serra, di depot milik Multiteiner, sebuah syarikat yang menjual dan memajak kontena kepada perniagaan yang mengeksport barangan.

Kira-kira 64 pekerja sedang bermesyuarat di depoh berkenaan ketika platform runtuh, menurut jurucakap bomba sambil menambah pekerja penyelamat sedang bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa-mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan.

Insiden itu berlaku ketika dua calon untuk kerusi timbalan, Jones Donizette dan Ely Santos, melawat kemudahan itu menjelang kempen pilihan raya 2 Oktober ini.

“Ketika mereka mengucapkan selamat tinggal kepada pekerja, sebahagian daripada struktur konkrit runtuh dan mereka terperangkap dalam runtuhan,” kata pasukan akhbar untuk calon-calon berkenaan di media sosial. – Agensi