tommy thomas
Tommy Thomas

KUALA LUMPUR – Penganalisis politik, Lim Sian See berpandangan, bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya patut didakwa kerana menyalahgunakan kuasa.

Menurut beliau, antara perkara yang dilakukan Pakatan Harapan (PH) semasa menjadi kerajaan adalah meracun rakyat kononnya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan keluarganya mengumpul kekayaan dengan mencuri dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta mempunyai duit RM1 bilion dan barangan mahal disembunyikan di rumahnya.

Sian See berkata, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikerah menyerbu rumah Najib ketika Ramadan dan merampas barangan di dalam rumahnya.

“Pertama, duit RM114 juta yang dirampas adalah duit parti, lebihan dari kegunaan ketika PRU-14.

“Selepas PRU-14, duit itu dipindahkan dari peti kebal yang dibina Tun Dr. Mahathir Mohamad di pejabat Perdana Menteri dan Sri Perdana ke sebuah rumah kosong di Pavilion untuk sementara sebelum diserahkan kepada penggantinya dalam UMNO apabila beliau meletak jawatan,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya hari ini.

Latheefa Koya
Latheefa Koya

Beliau menambah, Tommy tahu perkara itu dan Najib telah menyerahkan senarai penderma kepada PDRM dan mereka turut dipanggil memberi keterangan.

Sian See mendakwa, Tommy juga tahu tiada petunjuk yang mengaitkan barangan yang dirampas itu dengan dana 1MDB.

“Barangan seperti beg tangan, barangan kemas yang dikumpul keluarga Najib selama berdekad itu adalah hadiah daripada pelbagai keluarga diraja termasuk ketika perkahwinan anak perempuannya yang dihadiri jutawan, keluarga diraja dan perwakilan asing.

“Ini termasuk barangan milik ibu mentua anak perempuannya dari Kazakhstan.

“Yang paling parah, disuruhnya PDRM yang merampas barangan itu untuk mengisytiharkan rampasan bernilai RM1 bilion di depan media sambil menunjukkan sejumlah kecil barangan,” jelasnya.

Pada masa yang sama, beliau mempersoalkan sama ada barangan yang diisytiharkan itu benar-benar mempunyai nilai sedemikian.

Malah, katanya, dalam afidavit Peguam Negara sendiri menyatakan siasatan mereka mendapati kebanyakan barangan yang dirampas itu adalah sumbangan hadiah.

“Tetapi di sebalik tahu semua ini, Peguam Negara dan SPRM failkan pelbagai kes sita harta terhadap Najib dan ramai individu serta syarikat,” katanya.

Sian See menambah, tindakan Tommy dan Latheefa itu amat ketara adalah penyalahgunaan kuasa sehingga menyebabkan kerugian kepada kerajaan terutama penyalahgunaan penjawat awam dan aset kerajaan semata-mata untuk meneruskan propaganda PH.

“Jika kerajaan tak nak dakwa Tommy dan Latheefa kerana salah guna kuasa, mereka yang dikenakan tindakan perlu saman,” katanya.

Beliau berkata, seluruh perbicaraan 1MDB dan SRC International Sdn. Bhd. membuktikan wang dalam akaun Najib termasuk RM642 juta yang disahkan diterima daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi digunakan untuk tujuan kebajikan atau aktiviti politik bukan untuk manfaat Najib atau keluarganya.

“Sebab itu, tiada langsung pendakwaan terhadap Najib kerana mencuri atau merompak, tetapi PH gunakan Akta Penggubahan Wang Haram, Anti Pembiayaan Pengganas dan Anti Hasil Kegiatan Haram 2001 (AMLA) bagi wang yang dianggap tidak sah memasuki dan keluar dari akaun Najib,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Betul tu cadangan disokong 100 peratus. Sikap menganyiaya orang dengan pendakwaan terpilih. Tikus politik. Elok disumbat dalam penjars

Comments are closed.