PUTRAJAYA – Kajian kadar harga pembekalan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) antara yang kemukakan Kementerian Pendidikan (KPM) kepada Kementerian Kewangan (MOF) sebagai cadangan menjelang Belanjawan 2023.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, kadar RMT semasa bagi seorang murid iaitu RM2.50 perlu dikaji semula kerana kos penyediaan makanan semakin meningkat.

“Kita mohon kadar RMT dilihat semula, ditambah baik kerana kita sedar ramai pengusaha kantin sampaikan kepada kita tentang perkara ini,” katanya dalam sidang media di Majlis Wadah Aspirasi Menteri Kanan Pendidikan.

Menurut Radzi, kadar harga RMT wajar diubah selepas lebih lima tahun.

Selain itu tambah beliau, KPM turut mengemukakan cadangan agar setiap guru diberikan peranti bagi memudahkan tugasan harian.

“Kakitangan awam lain ada disediakan komputer riba masing-masing, namun guru tidak ada. Kita  mohon dipertimbangkan memandangkan kita bergerak ke arah digitalisasi yang diaptasi oleh semua pihak termasuk guru,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama Radzi berkata, sejumlah peruntukan perlu diberikan bagi tujuan infrastruktur pendidikan khas.

Jelasnya, penyediaan infrastruktur yang standing dengan negara maju akan dapat memangkin pendidikan murid berkeperluan khas sekaligus mendorong golongan tersebut menjadi lebih mandiri.

“Sejak dua tahun lepas kita sedar pendidikan khas negara kita mempunyai jurang jelas dengan dgn negara yang lebih maju.

“Kita mahu supaya murid berkeperluan khas kalau  keluar dapat berdikari dan ibu bapa gembira. Kita ingin pastikan mereka ini diberi ruang. Melalui peruntukan ini contoh kita bina infrastruktur,” katanbeliau lagi.

Belanjawan 2023 dijangka bakal dibentang pada 28 Oktober, meskipun pelbagai spekulasi mendakwa ia akan dipercepatkan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast