logo luar negara
Gambar hiasan

TEHRAN – Bantahan yang tercetus selepas kematian seorang wanita yang berada dalam tahanan polis berterusan di Iran dengan rangkaian televisyen negara itu membayangkan sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh.

“Malangnya 26 orang (terbunuh), termasuk anggota polis kehilangan nyawa semasa kejadian ini,” kata pengacara sebuah rangkaian televisyen semasa bersiaran secara langsung seperti dipetik agensi berita, Anadolu.

Tunjuk perasaan tercetus pada minggu lalu selepas Mahsa Amini, 22, ditahan polis di Tehran kerana didakwa melanggar kod pakaian Islam.

Bagaimanapun, polis yang menafikan Amini didera berkata, wanita itu meninggal dunia akibat serangan jantung namun keluarganya memberitahu, beliau tidak menghadapi masalah jantung sebelum ini.

Pihak berkuasa berjanji akan melakukan siasatan terhadap kematian wanita tersebut.

Para pemimpin dan kumpulan hak asasi manusia mengutuk insiden tersebut, termasuk Amerika Syarikat, yang telah mengenakan sekatan ke atas moral polis Iran sebagai tindak bals kepada ‘penderaan dan keganasan terhadap wanita Iran dan pencabulan hak penunjuk perasaan Iran yang dilakukan secara aman’.

ashington mengenakan sekatan ke atas Iran sejak bekas Presiden, Donald Trump menarik diri daripada perjanjian nuklear Iran pada 2018. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast