Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Maslan menafikan kenyataan media yang tular mendakwa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan dicalonkan sebagai Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum Ke-15.

Setiausaha Agung UMNO itu berkata, kenyataan palsu itu tular di sosial media sejak Mahkamah Shah Alam membebaskan Ahmad Zahid daripada pertuduhan rasuah pada Jumaat lalu.

”Mudah sahaja untuk mengetahui benar atau tidak jika ada kenyataan daripada saya – check semua saluran media sosial saya iaitu twitter, fb, instagram, tiktok.

”Jika tiada, maka ianya palsu, fake,” katanya dalam kenyataan di sini.

 

Kenyataan media yang tular di media sosial

Menurut Ahmad, dalam dunia ini memang ada sekumpulan manusia jahat dan bodoh yang kerjanya hanya membuat fitnah.

Dalam kenyataan palsu yang kononnya dikeluarkan h Ahmad menyatakan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang akan diadakan pada 30 September ini akan membincangkan pelantikan Ahmad Zahid sebagai calon Perdana Menteri pada PRU.

Ternyata kenyataan tular itu bercanggah dengan keputusan MKT pada April lalu yang sebulat suara mencadangkan Naib Presiden parti, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menjadi calon Perdana Menteri bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang. – MalaysiaGazette