Kondominium Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 17 MEI 2022.

KUALA LUMPUR – Kediaman bertingkat di Kuala Lumpur dan Selangor menyaksikan pertumbuhan harga median sewa tertinggi kepada peratusan dua angka pada setengah tahun pertama (H1) 2022 berbanding setengah tahun kedua (H2) 2021.

Ini bermakna, semakin ramai pencari hartanah mengalihkan tumpuan kepada menyewa sebagai penyelesaian untuk meningkatkan keperluan gaya hidup dan ruang kediaman disebabkan iklim ekonomi yang mencabar termasuk kenaikan kadar faedah dan kos sara hidup yang lebih tinggi.

Pengurus Negara, PropertyGuru Malaysia (PropertyGuru.com.my dan iProperty.com.my), Sheldon Fernandez berkata, peningkatan 34% dalam carian untuk hartanah sewa pada H1 2022 kerana menyewa adalah pilihan yang sesuai untuk pengguna yang mencari lebih kebebasan dan fleksibiliti serta kelebihan kewangan.

Pertumbuhan harga sewa yang memberangsangkan oleh beberapa hartanah terkemuka di Lembah Klang juga memberi petunjuk bahawa pasaran hartanah mempunyai keupayaan untuk pulih pasca pandemik, sekali gus memberikan keyakinan kepada pembeli dan penaik taraf yang ingin melabur dalam hartanah kediaman.

Dalam keadaan yang sama, situasi ini memberi peluang kepada pelabur hartanah yang kukuh dari segi kewangan untuk memanfaatkan potensi hartanah sewa yang menguntungkan.

Data iProperty.com.my menawarkan gambaran yang lebih jelas tentang pergerakan harga sewa dengan mengenal pasti hartanah bertingkat tinggi melalui tiga peringkat harga berbeza – di bawah RM1,500; RM1,500 ke RM2,500 dan melebihi RM2,500.

Bagi hartanah dengan sewa di bawah RM1,500, lokasi strategik dan harga yang baik adalah faktor pendorong utama di sebalik pertumbuhan harga median sewa beberapa hartanah kediaman bertingkat tinggi Kuala Lumpur.

Kondominium Miharja di Cheras mengungguli senarai dengan pertumbuhan sebanyak 11.5 peratus kerana berdekatan dengan stesen LRT dan MRT serta pengalaman runcit seperti pusat membeli-belah, medan selera, dan restoran.

Beberapa hartanah bertingkat tinggi di Bukit Jalil dan Kuchai Lama juga muncul sebagai pemenang, mencatatkan pertumbuhan harga median sewa antara 9.1% (De Tropicana, Kuchai Lama) dan 7.8% (Residensi Lanai, Bukit Jalil) disokong oleh
kemudahan untuk mengakses projek-projek ini melalui beberapa lebuh raya utama.

Bagi hartanah terbaik dengan sewa antara RM1,500 hingga RM2,500 pula menarik minat golongan muda di bandar kerana mereka biasanya tinggal di lokasi yang lebih strategik dan menawarkan beberapa kelebihan gaya hidup.

Satu contoh ialah Taragon Puteri Bintang di Kuala Lumpur menyaksikan harga median sewanya meningkat sebanyak 33.3% pada H1 2022 menandakan kebangkitan semula minat di kawasan Jalan Pudu lama di sekitar Bukit Bintang.

Hartanah ini mendapat manfaat daripada akses mudah ke pusat membeli-belah, pusat hiburan, LRT dan stesen Monorel.

Atas sebab yang sama, beberapa hartanah di Setapak memperoleh antara 25% (The Ridge) dan 12.5% ​​(Platinum Lake PV 13) dalam pertumbuhan harga median sewa kerana harga berpatutan dan kemudahan gaya hidup dinaik taraf, serta akses mudah ke pusat bandar.

Bagi Selangor, lima hartanah sewa di Subang Jaya dan Puchong mendominasi senarai pertumbuhan harga median teratas – berikutan tarikan tradisionalnya sebagai kawasan kejiranan matang yang memfokuskan kehidupan keluarga dan komuniti.

Hartanah dalam lingkungan harga sewa ini memenuhi keperluan penyewa berpendapatan
tinggi dengan keutamaan untuk menikmati kehidupan mewah. Pembukaan semula
sempadan antarabangsa telah menarik komuniti ekspatriat untuk kembali ke pasaran
hartanah Malaysia. Sebagai contoh, di Pusat Bandar Kuala Lumpur (KLCC),

Setia SKY Residences di ibu negara pula merupakan hartanah terbaik dengan sewa melebihi RM2,500, mencatatkan pertumbuhan purata harga sewa sebanyak 29%.

Suite Platinum (The Face Suites) juga memperoleh 15.4% disebabkan lokasinya dalam hab perniagaan dan komersial utama ibu kota, juga terkenal dalam kalangan pelancong dan pengembara perniagaan yang mencari penginapan jangka pendek.

Mont Kiara turut merupakan kawasan popular di kalangan ekspatriat yang menyaksikan harga sewa puratanya meningkat antara 11.1% (i-Zen @ Kiara 2) dan 10.5% (Lumina Kiara), menjadikannya sasaran kegemaran pelabur hartanah. – MalaysiaGazette