KUALA LUMPUR – Polis memburu seorang lelaki yang memanah seekor anjing hingga mati menggunakan busur panah.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Ashari Abu Samah berkata, melalui rakaman video yang tular, suspek telah mengambil busur dan anak panah sambil mengekori seekor anjing lalu menembak menggunakan anak panah hingga menyebabkan anjing itu mati.

Kejadian berlaku di kawasan Sky Awani 3, di Setapak.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 29(1)(e), Akta Kebajikan Haiwan 2015(Akta 772) yang membawa hukuman penjara tidak ebih tiga tahun atau denda tidak kurang daripada RM 20,000 atau kedua-duanya.

Beliau meminta kerjasama mana-mana saksi awam yang melihat kejadian untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau DCC IPD Wangsa Maju di talian 0392899110. – MalaysiaGazette