Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pahang dari Balai Bomba Karak membantu mengeluarkan ketiga-tiga mangsa yang terbabit dalam nahas di Kilometer 79, Lebuhraya Pantai Timur pada Ahad

KUANTAN – Seorang maut akibat tersepit manakala dua lagi cedera selepas kenderaan yang dipandu terbabas dan melanggar pembahagi jalan dalam kejadian di Kilometer 79 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di Bentong tengah hari tadi.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pahang, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi nahas.

Kesemua mangsa merupakan lelaki dewasa namun identiti ketiga-ketiga mangsa masih dikenal pasti.

Pihak bomba terpaksa menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Dua mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital. – MalaysiaGazette