Dr. Thanussha Francis Xavier.- Foto HAZROL ZAINAL, 03 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MUDA,  Dr Thanussha Francis Xavier menerima sindiran daripada netizen selepas mengucapkan tahniah kepada Kirandeep Kaur yang medapat tawaran melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan

Pemain hoki negara itu menerima tawaran tersebut dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Sindiran itu dilemparkan susulan dakwaan Thanussha bahawa masyarakat bukan bumiputera adalah golongan kelas kedua di negara ini.

Komen itu dibuat Thunussha selepas Kirandeep dalam Twitternya menyatakan kesukaran mendapat tempat di universiti walaupun beliau adalah atlet kebangsaan dan mendapat 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia serta CGPA 3.88 di peringkat matrikulasi.

“Tidak kira betapa besar sumbangan anda, walaupun yang paling asas dalam pembangunan kerjaya anda (seperti kemasukan universiti) akan menjadi satu perjuangan kerana anda bukan bumiputera.

“Kita adalah warganegara kelas kedua di negara kita sendiri.
Mohon ke luar negara jika anda tidak dapat masuk ke dalam negara, jangan berputus asa,” ciap Thanussha.

Rata-rata pengikut Twitter Naib Presiden MUDA itu mengecam ciapan yang dibuat Thanussha yang dianggap sebagai berbau perkauman.

Guane 2nd class citizen boleh dapat medic? Aku rasa UPU kena bagi jugak. Dah heboh satu Malaysia, plus si doktor ni dok rajin main isu perkauman. Yang dapat 4.00 tapi tak dapat medic, bertabahlah,” dakwa Samsudin.

“Eh kata hari tu 2nd class citizen? Tapi sebenarnya 3.8 tak layak pun masuk medic local uni. Masuk pun sebab jenis kecoh, main isu kaum, terpaling tertindas kot?? Tapi tak heran la sebab dari MUDA,” kata pengguna akaun bernama Pak Mus.

“Bukan hari tu kau tuduh yang bukan bumiputera dapat layanan kelas kedua ke?” soal Mohd. Farid Rashid.

“Lain kali tunggu result UPU keluar dulu, baru boleh sembang kena tindas, podah ungrateful citizen,” kata Mr. Flag Pops.

“Awak memalukan! Minta maaf la buat statement without using your brain. Ini ke pemimpin yg MUDA cuba bawak? Main perkauman? Saya tidak akan memberikan sebarang undian untuk MUDA full stop!” kata 5ou1.

Kirandeep  menerima tawaran kursus perubatan di UPM semalam.

Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Profesor S. Shamala adalah orang pertama yang mengucapkan tahniah kepada Kirandeep yang berusia 19 tahun.-MalaysiaGazette