Rizman Ruzaini berjaya mengumpulkan 50 jelitawan yang terdiri daripada model, ratu cantik serta bintang media sosial menerusi satu perarakan fesyen di Bukit Bintang.

KUALA LUMPUR – Pereka fesyen terkenal negara, Rizman Ruzaini mencipta sejarah apabila mengadakan perarakan fesyen dengan mengumpul 50 jelitawan yang terdiri daripada model, ratu cantik serta bintang media sosial di Bukit Bintang.

Apa yang cukup mencuri tumpuan, kesemua model  mengenakan pakaian Rizman Ruzaini yang terkenal melalui rekaan elegan dan eksklusif.

Menurut Rizman, walaupun perarakan fesyen ini perkara biasa di bandar-bandar besar dunia namun ini adalah kali pertama Kuala Lumpur menyaksikan acara yang cukup berprestij itu.

“Ini juga sebagai cara untuk kami menghargai mereka yang selama ini bersama jenama Rizman Ruzaini sejak 17 tahun lalu. Wajah-wajah inilah yang memperagakan Rizman Ruzaini daripada kami bukan sesiapa dan kini menjadi antara jenama utama di negara ini.

“Jika dilihat ini juga kali pertama perarakan fesyen seperti ini berlaku di Malaysia. Menjadi harapan kami untuk melihat Kuala Lumpur turut tersenarai sebagai antara bandar fesyen suatu hari nanti, sama seperti Milan dan Paris,” katanya.

Sementara itu, menuju ke sasaran jualan RM10 juta untuk tahun ini, Rizman turut memperkenalkan produk aksesori fesyen terbaharu iaitu Basic Tote Beg.

 

Jenama Rizman Ruzaini kekal bertahan selama 17 tahun dalam industri fesyen negara ini.

Jelas beliau, keyakinan itu selepas melihat sambutan yang diterima  tahun lalu yang membuatkan mereka yakin untuk tampil dengan koleksi lima warna berbeza untuk tahun ini.

Malah lebih mengejutkan  apabila beg yang baru dilancarkan itu kehabisan stok untuk beberapa warna selepas beberapa jam dijual melalui rizmanruzaini.my.

“Melihat sambutan yang diterima  tahun lepas memang kami yakin untuk keluarkan beg ini dengan kuantiti yang lebih banyak kali ini. Cuma tidak sangka ada beberapa warna yang sudah habis di jual antaranya warna hitam.

“Mengekalkan kualiti yang sama, menjadi fokus kami untuk memastikan setiap produk di bawah jenama ini mampu dimiliki semua gologan. Sebab itu ada yang terkejut bila harga beg tote basic ini hanya RM149,”katanya.

Sementara itu menurut Rizman walaupun ada beberapa warna yang sudah habis dijual namun pihaknya akan berusaha untuk menambah stok beg melalui warna pilihan sedikit masa lagi.

Jelasnya melalui perancangan perniagaan yang dibuat pihaknya menjadi harapan agar semua produk Rizman Ruzaini dapat dinikmati semua golongan dengan harga mampu milik.

Rizman berkata, pihaknya juga dalam perancangan untuk memperkenalkan kedai utama berbentuk fizikal untuk memudahkan pelanggan dan pengguna produk ini melawat jenama ini secara terus.

“Memang ada dalam perancangan kami untuk membuka kedai utama tidak lama lagi. Mungkin dua tahun lalu kita lebih suka membeli secara atas talian tetapi dalam tempoh sekarang ramai yang lebih senang untuk melihat dan merasa sendiri material setiap produk yang dijual. – MalaysiaGazette

Rizman Ruziani kini mempelbagai cabang bisnes apabila turut memperkenalkan produk aksesori fesyen terbaharu iaitu Basic Tote Beg.

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast