Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) tidak akan membubarkan negeri dibawah pentadbirannya jika Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat.

Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan itu diambil bagi memfokuskan kepada persediaan banjir yang dijangka berlaku penghujung tahun ini.

“Andai kata Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat, tiga negeri di bawah PH tumpukan masalah banjir dan ingin ringankan beban mangsa bencana banjir.

“Mereka tidak akan mengadakan Pilihan Raya (Negeri) sehingga selesai isu banjir dianggar pada Februari atau Mac depan, mereka ada ruang untuk menetapkan tarikh PRN selepas itu.

“(PH) tidak akan bersama dengan Kerajaan Persekutuan seandainya diadakan masa banjir kerana pada anggapan ketiga-tiga mereka tidak harus tambah derita kepada rakyat,” katanya dalam sidang media pembentangan bajet bayangan PH di bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Jelas Anwar, perkara itu diputuskan Menteri Besar Selangor dan Negeri Sembilan serta Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Majlis Presiden yang bermesyuarat hari ini menetapkan gabungan tersebut akan menggunakan logo PH yang lama untuk menghadapi PRU15.

“Mengenai logo PH, gabungan bersetuju untuk menggunakan logo baharu, walaubagaimanapun PRU15 sudah dekat samada sekitar satu dua bulan ini, atau paling lewat Februari dan Mac, maka keputusan kita setuju dengan logo baharu tetapi gabungan akan kekalkan logo lama untuk PRU15.

“Soal logo tidak perlu dibincangkan lagi dan kita juga kemukakan bagi pihak PKR dan saya ucap terima kasih dengan ketua-ketua parti yang menghargai pandangan bersam dan setuju,” katanya lagi.

Katanya, faktor logistik perlu diambil perhatian oleh PH sekiranya PRU15 dibuat dalam masa terdekat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.