Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika bercakap pada sidang media khas berkenaan persiapan menghadapi pilihanraya bagi Parti Gerakan Tanah Air (GTA) yang akan bertanding di PRU 15 di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 11 OKTOBER 2022.

PUTRAJAYA – Gerakan Tanah Air (GTA) tidak dapat menggunakan nama parti gabungan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kerana ia belum diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Sehubungan itu, Pengerusi GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, semua calon GTA yang bertanding pada PRU15 akn menggunakan nama dan logo Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Namun jelas beliau, kecuali di Kelantan, calon GTA akan bertanding menggunakan nama dan logo Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) atas faktor kes istimewa.

“Walaupun GTA diluluskan dalam masa terdekat, namun parti itu masih tidak boleh bertanding pada pada PRU15 dan kita buat keputusan bertanding atas nama Pejuang dengan menggunakan simbol Pejuang untuk ganti GTA.

“Semua parti juga telah bersetuju GTA digantikan dengan Pejuang kecuali Kelantan. Sebaliknya, Putra akan mewakili GTA untuk bertanding di Kelantan sahaja namun di negeri lain seperti di Terengganu dan Perak akan menggunakan nama Pejuang

“Biarpun menggunakan nama Pejuang ini tidak bermakna semua calon dari Pejuang,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat GTA di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika bercakap pada sidang media khas berkenaan persiapan menghadapi pilihanraya bagi Parti Gerakan Tanah Air (GTA) yang akan bertanding di PRU 15 di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 11 OKTOBER 2022.

Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memberitahu, GTA akan bertanding sekurang-kurang 120 kerusi parlimen pada PRU15 termasuk di Sabah.

Beliau juga berkata, GTA juga bersetuju dengan kemungkinan bekerjasama dengan parti sebulu dengan parti termasuk mana-mana parti yang pernah menjadi pengkhianat sebelum ini.

Malah tegas beliau, GTA boleh menimbangkan kerjasama dengan Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) jika mengambil kira faktor pengkhianat yang mana lebih besar. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.