Lim Kit Siang.-Foto FAREEZ FADZIL, 28 MEI 2019

KUALA LUMPUR – Lim Kit Siang menyifatkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) merupakan satu medan pertempuran di antara masa lalu dan masa hadapan.

Veteran DAP itu berkata, rakyat Malaysia perlu memilih sama ada mahu melihat Malaysia mundur ke masa lampau atau memberanikan diri untuk membina masa hadapan baharu.

Katanya, masa lampau negara yang mundur telah menyaksikan Malaysia sebagai negara kedua terkaya di Asia, dalam tahun-tahun awal negara terus ketinggalan di belakang negara-negara seperti Taiwan, Singapura dan Hong Kong.

Untuk membina masa hadapan baharu pula, dengan menetapkan semula dan mengembalikan negara kepada prinsip dan dasar asas pembinaan negara yang telah diterapkan dalam Perlembagaan dan Rukun Negara.

“Pilihannya tidaklah mudah. Kerana politik toksik dan perkauman yang telah meracuni landskap politik Malaysia dalam enam dekad setengah yang lepas akan muncul menunjukkan sisi terburuknya dalam era maklumat masa kini dengan berita palsu dan fitnah yang diterbitkan sekelip mata.

“Namun, keadaannya tidaklah penuh suram dan tanpa harapan. Seperti mana Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018 telah mencapai keajaiban politik dan menumbangkan gabungan UMNO-BN yang sebelum ini dilihat kebal,” kata Kit Siang dalam blognya.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, PRU-15 boleh membawa satu lagi keajaiban politik untuk menetapkan semula dan mengembalikan Malaysia kepada prinsip dan dasar yang termaktub dalam Perlembagaan dan Rukun Negara.

Prinsip itu katanya, telah dilaksanakan oleh panel lima orang hakim Mahkamah Persekutuan yang telah menyertai empat orang hakim yang lain yang dalam bersetuju untuk ‘menghantar’ bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke penjara.

“Ini menjadi satu bukti bahawa pemulihan kedaulatan undang-undang dan kebebasan badan kehakiman ini bukanlah hanya khayalan, sebaliknya merupakan satu usaha yang sedang berjalan.

“Perkara ini menjadi bukti terkuat bahawa Malaysia telah muncul kembali dari empat dekad kegelapan, di mana prinsip pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, dan badan kehakiman yang bebas diselaputi awan gelap sehingga sebuah badan antarabangsa ke Malaysia yang diketuai oleh International Commission of Jurists pernah sekali menerbitkan laporan yang bertajuk “Keadilan Terancam” mengenai Malaysia!” kata Kit Siang.

Kit Siang menambah, rakyat Malaysia kini perlu membuat pilihan – untuk mengundi memilih masa hadapan yang lebih baik, atau kembali kepada masa lampau yang buruk.

Untuk rekod kerajaan telah mengarahkan agensi terbabit untuk menyiasat pendedahan bekas Peguam Negera Tan Sri Tommy Thomas dalam bukunya.

Ini termasuk berhubang campur tangan dalam pelantikan hakim termasuk mengatur pelantikan Ketua Hakim Negara ketika pentabiran Kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan.- MalaysiaGazette