Datuk Zulkarnain Mahdar
Zulkarnain Mahdar. foto FAREEZ FADZIL, 13 OKTOBER 2017

KUALA LUMPUR – Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) akan menggerakkan jenteranya di seluruh Sabah bagi membantu dan memenangkan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengerusinya, Datuk Zulkarnain Mahdar telah mengarahkan kesemua jentera diaktifkan untuk memastikan kesemua calon GRS dan BN yang bertanding di 25 kerusi di Parlimen menang.

“G57 akan memfokuskan Sabah sahaja pada kali ini memandangkan masalah kekurangan sukarelawan.

“Unit Multimedia termasuk unit propaganda, cybertrooper dan unit penceramah yang mempunyai pengalaman luas sebelum ini membantu GRS dan BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 lalu.

“Justeru khidmat bantuan G57 kali ini sudah tentu sedikit sebanyak dapat menyumbang bilangan pengundi kepada kedua-dua gabungan parti pemerintah Sabah kali ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Zulkarnain menyatakan komitmennya untuk padang padang berkempen membantu calon BN dan GRS khususnya di kawasan hitam.

“Musuh utama kita kali ini di Sabah sudah tentu Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Pakatan Harapan (PH), justeru sasaran menumbangkan calon daripada kedua-dua parti ini adalah matlamat utama G57,” katanya.

Katanya lagi, rekod pencapaian baik selama dua tahun pentadbiran Kerajaan GRS dan BN di Sabah berbanding Warisan juga akan memudahkan jenteranya untuk berkempen.

“Justeru sasaran GRS dan BN untuk menang besar di Sabah kali ini bukan retorik sebaliknya fakta yang boleh dicapai,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast