Datuk Seri Mohamad Hasan

SEREMBAN – Semua perhubungan UMNO negeri telah menghantar senarai calon masing-masing untuk dipertimbangkan bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.

Namun, beliau berkata tidak semestinya calon yang disenaraikan itu sahaja dinilai oleh pucuk pimpinan parti untuk diketengahkan sebagai calon PRU15.

“Ini pusingan pertama, kita ambil maklum senarai yang dicalonkan. Ibu pejabat akan membuat penilaian calon dan tidak semestinya orang yang disenaraikan itu sahaja akan dinilai.

“Bagi parti, kemenangan keutamaan kita. Jika calon itu boleh memberi kemenangan kita akan bagi dia bertanding mewakili parti,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri Sembilan di sini hari ini.- BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast