SIMPANG RENGGAM – “Sayang, B tak tinggal sayang…sumpah B tak tinggal awak,” demikian teriakan seorang lelaki apabila hanya mampu melihat isteri kesayangan rentung di depan matanya.
Kejadian yang menyayat hati itu berlaku selepas yang dipandu lelaki berkenaan terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 45.7 Lebuhraya Plus Utara Selatan, arah selatan dekat Simpang Renggam pada jam 7.47 petang semalam.
Rakaman video nahas itu tular menerusi aplikasi tiktok majoritioffical, menyaksikan lelaki berkenaan cuba ditenangkan pengguna jalan raya lain mendapat perhatian natizen.
Rata-rata netizen melahirkan rasa sayu melihat video berkenaan ditambah pula dengan jeritan sayu oleh suami mangsa.
Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Renggam PKPgB Mohd Fauzi Mohd Nor berkata, kemalangan membabitkan empat kereta dan enam mangsa itu menyebabkan dua mangsa rentung.
“Mangsa yang meninggal dunia ialah Nurul Nazihah Kamalul Arifin,28, manakala mangsa yang menaiki kereta Toyota Vios belum dikenalpasti lagi,” katanya.
Menurut beliau, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) yang tiba di lokasi mendapati terdapat sebuah kereta jenis Preve, sebuah lori jenis Isuzu yang tebakar 70 peratus, melibatkan dua mangsa masing-masing berusia 22 dan 38 tahun.
Sementara, sebuah kereta proton Wira dan Vios pula terbakar 90 peratus.
“Seorang mangsa yang duduk bahagian depan penumpang kereta Proton Wira tersepit dan ditemui rentung manakala pemandu berjaya keluar selamatkan diri.
“Seorang lagi mangsa ditemui rentung di dalam kereta Totoya Vios,” ujarnya.
Mangsa yang terselamat ialah Bunayamin Yahya, 43, menaiki kereta Preve dan pemandu serta pembantu pemandu lori Suresh A/L Subramaniam dan Mok You Jian.
Jelas Fauzi, anggota dari Balai Bomba Renggam, Balai Bomba Kulai, Balai Bomba Ayer Hitam dikerahkan di tempat kejadian. – MalaysiaGazette