KUALA LUMPUR – Malaysia yang menyertai Mesyuarat Menteri OPEC dan bukan OPEC bersetuju dengan keputusan Pertubuhan Negara Pengeluar Petroleum (OPEC) dan sekutunya (OPEC+) untuk melaksanakan pemotongan pengeluaran sebanyak dua juta tong sehari dengan berkuat kuasa dari November 2022.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, keputusan adalah sebulat suara.
Katanya, negara OPEC+ secara kolektif mengambil kira faktor yang merangkumi pasaran asas, terutamanya untuk menangani ketidakpastian dalam situasi bekalan dan permintaan minyak global.
“Malaysia menyokong inisiatif lama OPEC+ dan pendekatan proaktif, termasuk Dokumen Kerjasama (DoC) yang ditandatangani pada 10 Disember 2016 yang menyatukan negara pengeluar minyak untuk mematuhi yang teguh mekanisme dalam menangani cabaran pasaran,” katanya dalam kenyataan di sini.
Tambah beliau, memandangkan prospek ketidaktentuan yang berpanjangan, Malaysia akan meneruskan kerjasama rapat dengan OPEC+ untuk memastikan kestabilan pasaran minyak global. – MalaysiaGazette