KUALA LUMPUR – Menguruskan ekonomi dan membantu rakyat tidak wujud dalam kamus Pakatan Harapan (PH) yang dipilih rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, PH telah menghentikan segala dasar yang baik untuk rakyat dan banyak pakej bantuan dipotong.
“Bukan kerana tidak mampu dalam sudut kewangan, tapi sebenarnya kegagalan PH mengurus serta mahu menjayakan propaganda mereka menunjukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu teruk.
“PH dan serpihannya tak pernah kisah kesusahan nelayan, petani, penternak, penoreh dan kumpulan rakyat memerlukan bantuan,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.
Beliau mendakwa, PH hanya mahu kuasa untuk menghukum musuh mereka.
“Rakyat perlu buat apa? Pemimpin PH minta lupakan kesusahan dan belajar ‘ikat perut’,” jelasnya. – MalaysiaGazette