najib netizen
Tangkap layar dari Instagram Yana Najib.

KUALA LUMPUR – Sebahagian besar netizen berpandangan, tindakan Jabatan Penjara melarang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkempen untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berunsur dwistandard.

Mereka membangkitkan mengapa larangan serupa tidak dikuatkuasakan terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh pada 2015.

Double standard… bila DS Najib je semua tak boleh… apa mende ah…” kata seorang netizen dalam ruangan komen Instagram Yana Najib milik anak Najib, Nooryana Najwa.

Semalam, Nooryana Najwa mempersoalkan tindakan Jabatan Penjara melarang bapanya mengeluarkan sebarang kenyataan termasuk bagi tujuan kempen PRU15.

Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan, Supri Hashim dilaporkan berkata, setakat ini, tiada sebarang kenyataan boleh dikeluarkan oleh mana-mana banduan yang sedang menjalani hukuman penjara.

Arahan itu turut terpakai kepada bekas Perdana Menteri itu jika beliau mempunyai pandangan mengenai suhu semasa politik negara menjelang PRU15.

Seorang lagi netizen berkata, tindakan itu mungkin ada kaitan dengan pihak tertentu yang gentar dengan pengaruh Najib walaupun selepas dipenjarakan.

“Aura Bossku lain macam, dalam penjara pun orang takut. Kasi tanam PRU Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Ada juga netizen yang berharap agar Jabatan Penjara bersikap lebih adil dalam menangani perkara tersebut.

“Kenapalah jadi begitu kan? Buat sesuatu arahan biarlah adil, jangan berat sebelah kan,” katanya.

Walau apa pun kekangan yang timbul, netizen percaya semua itu tidak berupaya mematahkan semangat penyokong-penyokong BN.

“BN tetap mara membara, semangat Bossku tetap terpateri di hati,” katanya. – MalaysiaGazette