KUALA LUMPUR – Sikap membisu Majlis Peguam dan Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) terhadap laporan Pasukan Petugas Khas siasatan terhadap dakwaan dalam buku ‘My Story: Justice in the Wilderness‘ tulisan Tan Sri Tommy Thomas menimbulkan persoalan.
Anak bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Noorayana Najwa berkata, atas nama keadilan dan kesaksamaan kedua-dua badan itu seharusnya menegakkan prinsip yang mereka pegang
“Where are you Bar Council ? Where are you Bersih ? Adakah keadilan hanya memihak kepada Pakatan Harapan?”
“Yana yakin, jikalau keadilan telah ditegakkan, Datuk Najib akan dibersihkan nama.
“Yana juga merayu kepada Majlis Peguam, Bersih dan NGO yang menganggap diri sebagai pejuang keadilan dan hak, in the name of justice and fairness, uphold your principles,” katanya.
Pasukan Petugas Khas menyenaraikan sembilan elemen kemungkinan salah laku bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.
Antaranya campur tangan Tommy dalam melantik hakim-hakim, membocorkan rahsia kerajaan, menyalahguna kuasa melantik peguam luar untuk mewakili kerajaan sehingga mencemarkan imej badan kehakiman.
Selain itu, Tommy turut tidak patuh dengan peraturan dan pekeliling kerajaan berhubung isu penjualan kapal Equanimity dan melakukan kecuaian profesional dalam isu membabitkan tuntutan tanah di Tanjung Bungah, Pulau Pinang.
Bekas Peguam Negara era Pakatan Harapan itu turut dikesan melakukan pecah amanah apabila beliau mendedahkan perbualan dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu Perdana Menteri.
“Rupa-rupanya, pemimpin Pakatan Harapan telah dua kali berturut mengenepikan cadangan ketua hakim negara dan mencadangkan nama ikut citarasa mereka.
“Yana memang menghormati sistem kehakiman, tetapi sistem kehakiman yang dipermainkan oleh ahli politik, sukar bagi Yana untuk menerima.
“Mula-mula, mereka pasangkan peguam yang pernah membela ahli politik mereka dan terang-terang pro-PH sebagai peguam negara.
“Setelah itu, berdasarkan karangan Tan Sri Tommy Thomas, mereka campur tangan dalam pelantikan Ketua Hakim Negara,” kata Noryana Najwa.
Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa pelanggaran undang-undang yang dibuat oleh Tommy turut bertujuan agar ayahnya dihukum penjara.
“Mereka melantik seorang bekas hakim yang ramai rakyat berpendapat bahawa adalah bias.
“Mereka melantik seorang ahli politik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.
“Yana tidak dapat habiskan… apakah yang mereka lakukan semata-mata ingin masukkan daddy ke dalam penjara?” tanya beliau dalam satu kenyataan di Fecabook. – MalaysiaGazette
Ketua Hakim Negara letak jawatan laa..perlantikan kamu jelas melanggarkan syor JAC dan bertentangan dengan undang2 & perlembagaan…memalukan sungguh!