GENEVA – Bilangan individu yang dijangkiti batuk kering (tuberculosis, tibi) termasuk mereka yang rintangan terhadap ubat, meningkat secara global buat kali pertama dalam beberapa tahun ini, menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menurutnya, lebih10 juta orang di seluruh dunia menghidap batuk kering pada 2021, meningkat 4.5% daripada tahun sebelumnya.

Kira-kira 1.6 juta orang mati disebabkan penyakit itu.

WHO berkata, kira-kira 450,000 kes melibatkan individu yang dijangkitiĀ  tibi akibat dadah, 3% lebih tinggi dari tahun 2020.

Presiden TB Alliance, Dr. Mel Spigelman berkata, penyakit ini terkawal ketika virus Covid-19 muncul pada tahun 2020.

WHO tidak menolak peningkatan tibi disebabkan Covid-19 yang telah menjejaskan akses diagnosis dan rawatan terhadap penyakit itu.

Katanya, tibi sudah terkawal dan semakin perlahan sebelum tahun 2019.

WHO melaporkan bilangan orang yang baharu dikenal pasti dijangkiti tibi turun daripada 7 juta pada 2019 kepada 5.8 juta pada 2020.

Namun sekatan Covid-19, termasuk penutupan dan protokol jarak fizikal, juga menghalang perkhidmatan rawatan tibi dan mungkin telah mendorong sesetengah orang untuk melangkau pergi ke kemudahan kesihatan kerana takut dijangkiti koronavirus.

Kemerosotan dalam ekonomi global juga merupakan faktor kerana kira-kira separuh daripada semua pesakit tibi dan keluarga mereka menghadapi bebanan untuk menanggung kos rawatan mereka.

Oleh itu, WHO menyeru lebih banyak negara menampung semua perbelanjaan diagnosis dan rawatan tibi .

Selepas Covid-19, tibiĀ  adalah penyakit berjangkit paling maut di dunia yang disebabkan oleh bakteria yang biasanya menjejaskan paru-paru.

Kumannya mampu merebak dari orang ke orang melalui udara apabila individu yang dijangkiti batuk atau bersin. – Agensi