Puad Zarkashi Facebook Syed Saddiq mahkamah
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mengucapkan selamat datang ke kluster mahkamah kepada Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ucapan itu diberikan susulan keputusan Mahkamah Tinggi hari ini yang memerintahkan Syed Saddiq membela diri atas empat pertuduhan melibatkan pecah amanah dana berjumlah RM1 juta, menyalahgunakan harta untuk diri sendiri serta dua pertuduhan pengubahan wang haram

“Apakah dia akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini atau membersihkan namanya terlebih dahulu?

“Sebab itu muda tidak semestinya dewasa. Pemidato hebat tidak semestinya jadi ahli politik hebat. Ingatlah, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Azhar Abdul Hamid memerintahkan Syed Saddiq membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap semua pertuduhan di akhir kes pendakwaan itu.

Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan untuk Syed Saddiq membela diri bermula 22 hingga 24 Februari serta 13 dan 14 Mac dan 10 hingga 14 April tahun hadapan. – MalaysiaGazette