SEOUL- Sekurang-kurangnya 149 orang terbunuh dan 78 yang lain cedera dalam rempuhan yang berlaku semasa perayaan Halloween di Seoul.
Pihak berkuasa masih mengumpul jumlah sebenar.
Kejadian itu berlaku selepas orang ramai berhimpit dan bertolakan di lorong sempit yang tempat hiburan di Itaewon di sini.
Bomba berkata, kebanyakan mangsa dalam rempuhan yang berlaku pada malam Sabtu adalah mereka yang berusia lewat remaja dan 20-an.
“Angka maut itu termasuk dua warga asing manakala 15 lagi cedera,” katanya.
Ia merupakan acara Halloween pertama di Seoul dalam tempoh tiga tahun selepas negara ini menarik balik sekatan CobidD-19 dan penjarakan sosial.
Semasa kejadian ramai peserta berpesta memakai topeng dan kostum Halloween.
Beberapa saksi berkata, orang ramai menjadi semakin tidak terkawal apabila malam semakin gelap.
Bomba dan saksi berkata, kejadian itu mula berlaku apabila orang ramai bersesak di lorong sempit itu terjatuh ketika menurun laluan bercerun.
Kejadian itu menyebakan mereka jatuh dan saling menimpa antara satu sama lain.
Tragedi tersebut berlaku pada jam 10.20 malam.
Bomba tidak menolak angka mematian mungkin meningkat dan setakat ini jumlah mangsa cedera termasuk dalam keadaan kritikal kira-kira 150 orang.
Dilaporkan, ketika kejadian kira-kira 100,000 orang berada di laluan berkenaan. – Agensi