Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Janji baharu Angkatan Muda Pakatan Harapan (PH) yang mendakwa manifesto mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebagai ‘kitab suci’ dipertikaikan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi mempersoalkan adakah tindakan Angkatan Muda PH mengisytiharkan manifesto mereka sebagai ‘kitab suci’ bertujuan mengharapkan kepercayaan pengundi.

”Apakah “kitab suci” hanya kata-kata berniat jahat untuk mengaburi mata rakyat supaya percaya bulat bulat janji PH,” soalnya.

Beliau mendakwa, walaupun tawaran Angkatan Muda PH nampak berbeza dengan ‘kitab suci’ yang ditawarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri 22 bulan tetapi awal-awal lagi sudah mahu membohong.

Bezanya, Mahathir berkata manifesto PH bukan kitab suci setelah gagal menunaikan janji.

Beliau secara sinis turut mempertikaikan tawaran Kembara Siswa yang menjadi lima intipati utama manifesto PH.

Semalam Angkatan Muda PH berkata, Kembara Siswa adalah skim tiket penerbangan antara Sabah atau Sarawak ke Semenanjung pada kadar tetap RM199.

”Boleh percaya ke tu?,” tanya Puad lagi.

Semalam, Angkatan Muda berjanji 25 intipati tawaran anak muda harapan yang diketengahkan sebagai manifesto pada PRU15 ‘adalah kitab suci’.

Janji itu dibuat Ketua Angkatan Muda Harapan, Dr Kelvin Yii Lee Wuen, pada pelancaran tawaran anak muda harapan menegaskan manifesto adalah janji-janji yang dibuat ini akan ditunaikan PH sekiranya diberi mandat mentadbir negara selepas 19 November ini.

Katanya, kata Mahathir bahawa manifesto PH bukan kitab suci ketika itu sebenarnya tidak mewakili PH sebaliknya ia hanya pendapat bekas Perdana Menteri itu sahaja. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast