arrest warrant Sultanah Nur Zahirah the Editor of Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown
Clare Rewcastle-Brown

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membuat ketetapan untuk menolak saman RM100 juta terhadap Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown oleh Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Turut disaman baginda ialah penerbit Gerakbudaya Enterprise, Chong Ton Sin; dan pencetak, Vinlin Press Sdn Bhd berhubung kenyataan didakwa fitnah dalam buku bertajuk ‘The Sarawak Report-The Inside Story of the 1MDB Expose’.

Pesuruhjaya Kehakiman, Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan Lee membuat ketetapan untuk menolak saman fitnah itu melalui prosiding yang dilakukan menerusi aplikasi Zoom.

Pada 21 November 2018, Sultanah Nur Zahirah memfailkan saman selepas kenyataan itu mendakwa baginda terbabit amalan rasuah dan mencampuri urusan pentadbiran Kerajaan Terengganu.

Selain itu ada dakwaan baginda menggunakan status untuk mempengaruhi penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) yang kemudian dikenali sebagai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sultanah Nur Zahirah juga mendakwa, kenyataan itu juga membawa maksud baginda membantu ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low menjadi penasihat dana strategik itu.

Sebanyak RM10 juta serta penerbit menarik balik buku itu dan pencetak berhenti mencetaknya merupakan antara tuntutan Sultanah Nur Zahirah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast