KLANG – Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas dakwaan Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa sokongan orang Melayu terhadap Presiden PKR itu merosot sehingga 10 peratus menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Anwar sebaliknya menyifatkan tuduhan Presiden Pas itu sebagai dakwaan beremosi tanpa berlandaskan fakta kukuh sedangkan sambutan orang Melayu di kerusi DAP pun sangat memberangsangkan.
“Saya nak betulkan bila Pas kata hubungan Melayu kepada Anwar hanya 10 peratus, kalau 10 peratus itu saya tak boleh menang di Port Dickson atau Permatang Pauh. Mereka tidak berlandaskan apa-apa fakta, tapi emosi begitu sahaja.
“Saya sebut tentang keperluan kita turun ke tempat-tempat (luar bandar), apabila kita turun, sambutan baik, saya pergi ke Tambun umpamanya, kawasan Melayu, saya percaya malah di Seremban sendiri dukungan Melayu itu besar (kepada PH).
“Tidak benar semua orang termakan dengan hujah anti DAP, komunis dan sebagainya, itu hanya karya-karya karut orang yang lemah dalam mengemukakan hujah,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Sementara itu, Anwar konsisten dengan pendiriannya bahawa kenyataan Abdul Hadi kepada majlis ulamak sedunia Anwar disokong pemimpin barat khususnya musuh Islam sebenarnya jelas.
“Tidak munasabah kita menghukum orang tanpa apa-apa fakta, apakah itu dasar akhlak Islam membolehkan kita memfitnah.
“Saya sudah jawab dalam hal ini dan Ustaz Hadi menafikan dia tak kata saya Freemason, tapi kalau baca kenyataaan itu yang ditulis oleh dunia, didukung Amerika, didukung oleh Freemason, didukung oleh Yahudi, dan Israel.
“Kenyataan-kenyataan yang dibuat selain dari golongan walak itu, orang boleh berfikir, apa lagi guna akhlak Islam
“Saya boleh hujah, yang mendukung kita dalam kalangan para ulamak juga sangat besar,” katanya. – MalaysiaGazette
Ulama’ mana yg sokong peliwat ni? cuba ko nama kan sorang
anwarfikun dah rafizi HILANG TELOR bila tidak berani berentap dengan Azmin…masa konvo pkr terjerit2 akan lawannya di mana2