Keadaan Stadium Kanjuruhan selepas tragedi rusuhan 1 Oktober lalu. foto Twitter

JAKARTA – Gas pemedih mata yang dilepaskan oleh polis Indonesia dipercayai mencetuskan rempuhan semasa perlawanan bola sepak yang menyebabkan 135 orang terbunuh pada bulan lalu.

Suruhanjaya hak asasi manusia negara ini berkata, kebanyakan kematian d Stadium Kanjuruhan di Malang, Jawa Timur, berpunca akibat sesak nafas.

Komisi Nasional Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Indonesia (Komnas HAM) berkata, laporan menunjukkan penggunaan kekerasan yang berlebihan oleh anggota polis dalam kejadian pada 1 Oktober lalu.

Enam orang, termasuk anggota polis dan penganjur, kini menghadapi tuduhan jenayah.

Bencana itu berlaku selepas penyokong Arema FC berlari ke padang berikutan kekalahan pasukan mereka kepada pesaing Persebaya Surabaya.

Kemudian gas pemedih mata dilepaskan, kata badan itu.

Beratus-ratus kemudian cuba melarikan diri melalui pintu keluar, yang menyebabkan rempuhan tercetus.

Peraturan oleh Fifa, badan induk bola sepak dunia, secara khusus menyatakan tiada “gas kawalan orang ramai” harus dibawa atau digunakan semasa. perlawanan.

Fifa menyifatkan pergaduhan itu sebagai “hari gelap bagi semua yang terlibat dalam bola sepak dan tragedi yang tidak dapat difahami”.

Pada taklimat, Komnas HAM berkata, penggunaan gas pemedih mata adalah punca utama bencana terburuk bola sepak di dunia.

“Perlu ada tanggungjawab undang-undang,” kata Pengerusi Komnas HAM, Ahmad Taufan Damanik.

Suruhanjaya itu juga menuduh penganjur lebih mengutamakan kepentingan komersial berbanding piawaian keselamatan.

Sehubungan itu, Komnas HAM menggesa pihak berkuasa Indonesia mengaudit semua stadium di seluruh negara dan memberi amaran bahawa perlawanan harus digantung jika tiada penambahbaikan dibuat dalam tempoh tiga bulan.

Indonesia akan ke peringkat Piala Dunia U20 pada 2023. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast