Jambatan Pulau Pinang antara mercu tanda bagi Pulau Pinang. - Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Seramai 58 calon akan berentap di 13 kerusi Parlimen Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi mendapat mandat rakyat pada 19 November ini.

Berdasarkan data di laman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), tiga kawasan Parlimen membabitkan Balik Pulau, Bayan Baru serta Jelutong masing-masing menyaksikan pertembungan enam penjuru.

Manakala tiga lagi Parlimen iaitu Batu Kawan, Tasek Gelugor serta Bukit Bendera pula menyaksikan pertandingan lima penjuru.

Berdasarkan data sama, seramai enam calon bebas disahkan bertanding di lima kawasan Parlimen di negeri ini.

Dua calon di Balik Pulau manakala masing-masing satu di Parlimen Nibong Tebal, Bukit Bendera, Jelutong serta Bayan Baru.

Secara keseluruhan Pulau Pinang menyaksikan, seramai 12 calon disahkan bertanding atas tiket Pakatan Harapan, Barisan Nasional (13), Perikatan Nasional (13), Pejuang (5), Warisan (4), Bebas (6), Parti Rakyat Malaysia (4) dan Muda (1).

Pengundi yang layak mengundi di Pulau Pinang pada PRU15 adalah seramai 1,215,424. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast