KUALA LUMPUR – Sebanyak 4,356 kes Covid-19 baharu dilaporkan semalam berbanding 4,711 kelmarin, menjadikan kes terkumpul di Malaysia 4,880,534.
Hanya satu kes kematian dilaporkan dalam tempoh sama.
Sejak pandemik ini melanda, Malaysia merekodkan 36,481 kes kematian.
Kes aktif yang direkodkan semalam 35,539 dengan 33,874 dikuarantin di rumah.
Jumlah yang dirawat di hospital meningkat kepada 1,592 semalam berbanding 1,586 kelmarin.
Daripada jumlah itu, 73 ditempatkan di unit rawatan rapi dengan 53 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Kes sembuh pula sebanyak 3,429. – MalaysiaGazette