KUALA LUMPUR- Seorang pesara swasta gagal menghantar borang penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki, di sini, pagi tadi.
Habib Bourguiba Abd. Hamid, 53, yang berasal dari Datuk Keramat ingin bertanding sebagai calon bebas lewat tiba dua minit untuk menyerahkan borang berkenaan selepas pusat itu ditutup pada jam 10 pagi.
Penolakan permohonan itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pusat Penamaan Calon (PPC) Parlimen Titiwangsa, Firdzaus Said.
Habib yang cacat penglihatan berkata, dia akan bertanding atas tiket calon bebas kerana mahu membela hak anak yatim, warga emas dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) terutama yang senasib dengan dirinya.
“Saya ada halangan lalu lintas, masalah jalan akses ditutup dan saya terpaksa kena pusing untuk ke sini (lebih jauh). Kesesakkan lalu lintas luar biasa yang tidak semena- mena mungkin disebabkan hari penamaan calon.
”Waktu pengumuman (isytihar tamat hantar borang) saya sedang jalan kaki. Kalau tak boleh juga (sempat hantar). Saya akan pertikaian kenapa saya perlu aniaya. Ini soal budi bicara, kuasa pada beliau (Pegawai Pengurus Pilihan Raya),” katanya yang ditemui media.
Sementara itu, Pegawai Pengurus Pilihanraya P119, Firdaus Said berkata, beliau terpaksa menolak borang berkenaan kerana calon terbabit tiba lewat.
”Saya minta maaf. Ini isu berkaitan peraturan. Saya perku ikut undang-undang. Kalau saya longgarkan peraturan di sini, akan ada masalah pada saya dan seluruh Malaysia,” jelasnya.
Parlimen Titiwangsa menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Pejuang. – MalaysiaGazette
Mslhnya mana penyokong dan pencadang beliau org oku jgk ke….hmmmmmm ntah lah klu nk tanding jgk tggu lah 5 tahun lg ya.